Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Persekutuan Rusia

12 November 2025, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia telah menerima kunjungan hormat oleh TYT Valery Falkov, Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Persekutuan Rusia di Putrajaya hari ini.

Sesi kunjungan hormat ini memperlihatkan hubungan dua hala yang erat diantara kedua-dua buah negara dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Pertemuan ini melambangkan peranan proaktif Malaysia dan Rusia dalam merintis serta memantapkan kerjasama dua hala khususnya dalam pembangunan dan kemajuan sains, teknologi dan inovasi negara. Bidang kerjasama yang dibincangkan adalah merangkumi aspek pertukaran tenaga pakar, penyelidikan dan pembangunan (R&D), seminar, projek bersama, keusahawanan serta lain-lain kerjasama teknikal yang berada di bawah kawal selia kedua-dua buah kementerian.
Skip to content