Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Pertubuhan IKRAM kepada YB Menteri

13 Januari 2026, Putrajaya – Satu pertemuan bermakna telah diadakan antara barisan kepimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia dan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sesi ini bertujuan untuk membincangkan ruang kolaborasi strategik terutamanya dalam memperkasakan agenda sains, teknologi dan inovasi demi kesejahteraan masyarakat Malaysia. Semoga sinergi antara badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak kementerian ini terus membuahkan impak positif kepada negara.
Skip to content