29 Januari 2026, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Prof. Sun Dong, Setiausaha Inovasi, Teknologi dan Industri Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong hari ini.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada penerokaan kerjasama strategik dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), Sains Hayat dan pembangunan syarikat pemula berteknologi tinggi, dengan fokus memperkasa pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) kedua-dua pihak.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MOSTI dalam menerajui ekosistem sains, teknologi dan inovasi negara, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.
Turut hadir YBrs. Puan Aidawati binti Misdar, Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, YBrs. Dr. Ballamurugan a/l Nallamuthu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Encik Terry Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong-Shenzhen Innovation & Technology Park Limited, Encik Vincent Ma, serta wakil daripada Hong Kong Economic and Trade Office (HKETO) di Jakarta dan Kuala Lumpur serta pegawai kanan MOSTI.




