Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Southeast Asia Bioethics Network (SEABioN) ke atas YB Menteri

9 Mac 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada Southeast Asia Biothics Network (SEABioN) di pejabatnya hari ini. SEABioN kini menyasarkan pengukuhan ekosistem sains negara melalui cadangan penubuhan Institut Etika Bioperubatan dan Undang-Undang di Universiti Malaya (UM). Langkah strategik ini bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bioetika serantau yang mampan dan berwibawa.
SEABioN juga turut berkongsi rekod prestasi cemerlangnya yang dibangunkan melalui dana Wellcome Trust. Sepanjang 2024 hingga 2025, rangkaian ini telah memberikan 17 geran penyelidikan serta 8 penempatan latihan industri, selain aktif menerajui dialog teknikal dan penerbitan ilmiah di peringkat antarabangsa.

SEABioN komited menyokong agenda nasional melalui penyediaan input pakar dalam bidang kritikal seperti tadbir urus Kecerdasan Buatan (AI), teknologi genomik, serta protokol perkongsian data. Kerjasama ini dijangka akan memperkasakan sistem semakan etika bagi penyelidik dan badan pengawal selia di Malaysia agar selari dengan piawaian global.
Skip to content