Skip to main content
Berita

Larian Ria Madani (5km) dan Berjalan Untuk Negara (3km)

12 Oktober 2024, Putrajaya – Warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menyertai lebih 10,000 peserta dalam acara Larian Ria Madani (5km) dan Berjalan Untuk Negara (3km) yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena #HariSukanNegara 2024.

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut sama hadir menyertai Larian Ria Madani.
Acara ini menyasarkan penyertaan masyarakat umum termasuklah daripada warga emas, veteran, rakan muda, orang kurang upaya (OKU), golongan wanita dan kanak-kanak.
Ayuh #CergasBersama dan kekalkan gaya hidup sihat.
Skip to content