Skip to main content
Berita

Lawatan YBM MOSTI ke Gamuda AI Academy

26 Januari 2026, Petaling Jaya – Lawatan YB Tuan Chang Lih Kang ke Gamuda AI Academy memperlihatkan komitmen pihak industri dalam membangunkan bakat digital tempatan melalui program latihan pengekodan yang menyasarkan golongan anak muda, merangkumi pelajar serta profesional.
YBM menzahirkan penghargaan terhadap pendekatan praktikal yang ditawarkan, yang bukan sahaja melengkapkan peserta dengan kemahiran teknikal relevan, malah meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dalam bidang teknologi.
Inisiatif ini selari dengan usaha kerajaan untuk melahirkan bakat dalam bidang teknologi dan STEM, sekali gus memperkukuh ekosistem inovasi negara. Lawatan ini turut membuka ruang kerjasama strategik antara Gamuda AI Academy dan agensi-agensi di bawah MOSTI dalam memperkasa pembangunan bakat berkemahiran tinggi.
Skip to content