Skip to main content
Berita

Lawatan YBM MOSTI ke ALPS Group Inc

26 Januari 2026 – Lawatan YB Tuan Chang Lih Kang ke ALPS Group Inc, sebuah syarikat bioteknologi berstatus BioNexus di bawah Bioeconomy Corporation, memberi peluang kepada MOSTI untuk meneliti secara dekat penyelidikan serta aplikasi sains berimpak tinggi yang menyokong agenda STI negara.

Pencapaian ALPS Group Inc yang telah disenaraikan di NASDAQ menjadi bukti jelas kebolehan dan kematangan syarikat bioteknologi Malaysia untuk bersaing di peringkat global, sekali gus meningkatkan daya saing industri tempatan.
Lawatan ini turut mengukuhkan kepentingan kolaborasi strategik antara kerajaan, akademia dan industri sebagai pemacu utama pembangunan teknologi bernilai tinggi. MOSTI kekal komited untuk memperkasa inovasi dan teknologi bagi menjamin kesejahteraan masyarakat serta masa depan yang lebih sihat dan lestari.
Skip to content