Skip to main content
Berita

Majlis Pelancaran Dana Malaysian Technology Development Corporation – Tradeview Capital Sdn Bhd

13 Mac 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran MTDC-Tradeview Quantum Fund, sebuah dana pelaburan awam-swasta yang diperkenalkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bersama-sama Tradeview Capital Sdn. Bhd.
Dana ini diwujudkan melalui syarikat pengurusan dana baharu, Modal Lestari Sdn. Bhd., hasil pemeteraian Perjanjian Usahasama antara kedua-dua pihak. Inisiatif ini bertujuan memperluas akses pembiayaan kepada syarikat teknologi tempatan serta menyokong pertumbuhan syarikat berasaskan inovasi daripada peringkat awal sehingga ke pengembangan pasaran.
Penubuhan dana ini mencerminkan pendekatan baharu dalam pembiayaan teknologi negara dengan menggabungkan kepakaran pelaburan sektor swasta dan mandat pembangunan teknologi oleh MTDC bagi memperkukuh ekosistem inovasi Malaysia.
Skip to content