Skip to main content
Berita

Majlis Penyerahan Projek Siap Bagi Menaiktaraf Ruang atrium Sedia Ada dan Kerja-Kerja Berkaitan di PSN, Cawangan Wilayah Utara

17 November 2025, Alor Setar – Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Menaiktaraf Ruang Atrium Sedia Ada dan Kerja-kerja berkaitan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara telah berlangsung di Alor Setar, Kedah.
Penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Isnil Badril bin Ismail, Jurutera Daerah JKR Kota Setar kepada YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Upacara ini turut disaksikan oleh YBrs. Encik Muhammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara dan Encik Hafizul Hanif bin Abu Bakar, Ketua Cawangan Pusat Sains Negara Wilayah Utara.
Projek ini menandakan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan fasiliti pendidikan sains negara berada pada tahap terbaik, demi menyokong agenda pembudayaan sains, teknologi dan inovasi di Malaysia.
Dengan siapnya projek ini bukan sekadar penutupan satu fasa pembinaan, tetapi juga pembukaan kepada peluang dan impian baharu. Ruang atrium yang telah dinaiktaraf ini akan menjadi nadi kepada pelbagai aktiviti sains yang lebih luas, lebih interaktif dan releven dengan keperluan semasa.
Skip to content