Skip to main content
Berita

Majlis Perasmian Prize Presentation Ceremony of Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) 2025

11 November 2025, Kuala Lumpur – YBrs. Puan Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) telah mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Majlis Perasmian Prize Presentation Ceremony of Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) 2025 anjuran MTSF bertempat di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur. Majlis tersebut memberi pengiktirafan kepada 28 saintis, penyelidik dan pendidik sains Malaysia yang cemerlang sekaligus mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang sains dan teknologi.

Sejak penubuhannya pada tahun 1993, MTSF giat membangunkan sains dan teknologi di Malaysia melalui penyaluran dana penyelidikan, memperkasa pendidikan sains, menyokong ekosistem inovasi negara serta memupuk kerjasama antarabangsa Malaysia-Jepun.
Skip to content