Skip to main content
Berita

Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian

8 Disember 2025, Putrajaya – Warga MOSTI berhimpun di Atrium Peterana, Blok C5 untuk mengikuti Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri yang berlangsung secara atas talian dan dihoskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama penyertaan semua kementerian.
Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menekankan bahawa Malaysia MADANI dipacu nilai Ihsan dan Hormat bagi membanteras rasuah, memperkukuh integriti dan memastikan ketelusan pelaksanaan dasar. Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat, termasuk kejayaan menurunkan kadar miskin tegar kepada 0.09%, serta keperluan meningkatkan kecekapan pelaksanaan dasar dan pelaburan.
Majlis turut dihadiri YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian.
Amanat tersebut diharap terus menyuntik semangat warga MOSTI untuk memacu ekosistem STI ke arah pembangunan negara yang lebih terancang, mampan dan sejahtera.
Skip to content