Skip to main content
Berita

MBOT Technology & Innovation Expo (๐— ๐—ง๐—ฒ๐—ซโ€™๐Ÿธ๐Ÿท) Platform Memupuk Budaya Inovasi

2 November 2021 _ Batu Pahat, Jonor – YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datoโ€™ Sri Dr. Adham Baba hari ini melancarkan ๐˜”๐˜‰๐˜–๐˜› ๐˜›๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜บ & ๐˜๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฐ (๐˜”๐˜›๐˜ฆ๐˜Ÿโ€™๐Ÿธ๐Ÿท), bertemakan โ€˜๐˜›๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜›๐˜ข๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜š๐˜ถ๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ตโ€™.
Ekspo yang berlangsung dari 25 Oktober 2021 sehingga 28 Februari 2022 ini bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan Keluarga Malaysia di samping menyediakan bakat berkemahiran tinggi seperti yang digariskan dalam Dasar 4IR Negara, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Rangka Kerja 10-10 MySTIE.
MTeX’21 diterajui oleh MOSTI melalui Malaysia Board Of Technologists (MBOT) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM, menyasarkan supaya lebih banyak unicorn dan syarikat bertaraf dunia seperti Aerodyne dan Carsome dapat dilahirkan di Malaysia. MOSTI juga berharap agar jumlah peratusan pekerja berkemahiran tinggi di Malaysia dapat dipertingkatkan daripada 28.6% pada tahun 2020 kepada 45% menjelang tahun 2030.
YB Dato’ Sri Dr. Adham berkata, โ€œDalam Pemangkin Dasar 1 RMKe-12 iaitu โ€˜Membangunkan Bakat Masa Hadapanโ€™, tumpuan diberikan kepada penjajaran semula pasaran buruh, pendidikan dan latihan. Kerajaan menyedari bahawa pembangunan bakat adalah asas yang amat penting kepada dasar jangka panjang negara iniโ€.
MOSTI komited untuk memastikan budaya inovasi yang berimpak tinggi dan berkualiti untuk dikomersialkan bagi memenuhi kehendak pengguna dan sekali gus mendapat permintaan tinggi dalam pasaran. MOSTI akan membantu dengan membangunkan ekosistem, kapasiti, lembaga kawal selia serta geran yang bersesuaian untuk membantu anak muda dalam bidang teknologi dan teknikal.
Datoโ€™ Sri Adham juga berkata, โ€œSeluruh Keluarga Malaysia termasuk agensi kerajaan, industri, institusi latihan dan pendidikan serta badan profesional seperti MBOT perlu bersama-sama berganding bahu untuk memastikan tahap kemahiran yang dimiliki oleh teknologis dan juruteknik relevan dan selari dengan perkembangan Revolusi Perindustrian Ke-4.โ€
Program MTeXโ€™21 kali ini mempertandingkan tiga kategori iaitu kategori pelajar tahun akhir diploma, ijazah sarjana muda dan ahli profesional MBOT. Hadiah keseluruhan bagi pertandingan ini adalah berjumlah RM30,000.
Skip to content