Program Kerja Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dirancang selaras dengan hala tuju Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN) iaitu mewujudkan sebuah negara maju yang berteknologi tinggi serta memangkin transformasi sosio-ekonomi yang inklusif.

VISI MOSTI

Negara Berteknologi Tinggi Melalui Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE)

Bagaimana untuk Mencapai Visi?

Malaysia akan menjadi negara berteknologi tinggi dengan:

  1. Menerajui teknologi dan inovasi terkini untuk meningkatkan daya saing global negara.
  2. Memperluaskan pembangunan teknologi negara dengan memantapkan dasar dan peraturan.
  3. Menyediakan perkhidmatan dan pemboleh daya STIE yang berkesan dan cekap melalui tadbir urus yang tangkas.
  4. Memperhebatkan bakat melalui pendekatan inklusif untuk penyampaian berprestasi tinggi.
  5. Komunikasi sains yang berkesan bagi mempercepatkan pertumbuhan STIE.

MISI MOSTI

Menerajui STIE dalam Menangani Isu dan Cabaran Negara untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Pembangunan Mampan

Bagaimana Melaksanakan Misi?

  1. Menerajui pembangunan STIE melalui R&D&C&I ke arah penciptaan kekayaan dan Negara Berteknologi Tinggi untuk pertumbuhan ekonomi, kelestarian persekitaran dan kesejahteraan masyarakat.
  2. Membangunkan pemboleh daya STIE dan menyediakan perkhidmatan dalam menangani isu-isu negara melalui pendekatan saintifik, teknologi terkini dan pembangunan modal insan.
  3. Merancang dan membudayakan STIE dalam semua aspek kehidupan dan masyarakat untuk mencapai Negara Berteknologi Tinggi dan kesejahteraan bersama.

LATAR BELAKANG MOSTI

  • 1973 – Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
  • 1976 – Selaras dengan fungsi dan tanggungjawab baru yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, nama Kementerian telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE)
  • 2004 – Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT Negara, Multimedia dan Inovasi
  • 2007 – Fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut cluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi
  • 2016 – Pada 3 Oktober 2016, MOSTI distrukturkan semula dengan fokus untuk merancakkan program pengkomersialan hasil R&D dan inovasi negara
  • 2018 – Selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14), keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah disusun semula dan membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).
  • 2020 – MESTECC telah distrukturkan semula dan namanya telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan Pembentukan Kabinet Kerajaan Baru yang diumumkan pada 9 Mac 2020

PEMBANGUNAN STIE

  1. Memperkasakan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berasaskan pembangunan eksperimental bagi meningkatkan pengkomersialan dalam menjana kekayaan dan pertumbuhan ekonomi.
  2. enguruskan dana dengan cekap dan penuh tanggungjawab untuk memacu inovasi bagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
  3. Membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi terkini dan aplikasi seterusnya mentransformasikan industri dan masyarakat daripada pengguna teknologi kepada pembangun/pencipta teknologi.
  4. Memudahcara dan membangunkan syarikat-syarikat startup berasaskan teknologi yang berpotensi di peringkat global.

PERKHIDMATAN STI

  1. Menyediakan teknologi terkini bagi perkhidmatan saintifik dan analitis merentas sektor dalam menangani isu dan cabaran negara bagi memastikan pembangunan yang lestari.
  2. Mendigitalkan perkhidmatan dan perniagaan dalam sektor awam dan swasta dengan memperluaskan penggunaan analitis data raya dan kecerdasan buatan.
  3. Menggembleng perkongsian kepakaran penyelidik sektor awam dengan industri bagi memacu inovasi dan produktiviti serta meningkatkan pembangunan modal insan kedua-dua sektor

PERANCANGAN & PEMBUDAYAAN STIE

  1. Menggubal dasar sains, teknologi dan inovasi yang menyeluruh bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara ke arah kemakmuran bersama dan pembangunan mampan.
  2. Mengarusperdanakan STIE dengan kerjasama agensi-agensi MOSTI, sektor perkhidmatan awam yang lain, industri, akademia dan masyarakat bagi mengukuhkan pembangunan sosio-ekonomi.
  3. Memperkasakan bakat STIE yang adaptif bagi memacu ekonomi berasaskan inovasi.
  4. Memanfaatkan inisiatif-inisiatif kesedaran sains & teknologi dan pendidikan secara strategik ke arah pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan bakat.
  5. Membudayakan sains dan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

DASAR SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGARA (DSTIN) 2021 - 2030

  1. DSTIN 2021-2030 memberi tumpuan untuk memacu pembangunan negara berasaskan ekonomi yang diterajui oleh inovasi mengambil kira kepesatan teknologi yang menyokong perkembangan revolusi industri.
  2. Dasar ini menekankan agenda negara untuk mengukuhkan ekosistem STI, memperkasakan pembangunan dan penggunaan teknologi tempatan serta menggalakkan inovasi dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan kualiti hidup.
  3. Rangka kerja DSTIN memberi penekanan kepada peranan STI dalam konteks kemakmuran bersama dan ekonomi yang diterajui inovasi untuk mengemudi Malaysia ke arah pembangunan mampan yang diasaskan oleh pertumbuhan yang saksama dan inklusif. Pendekatan DSTIN bertunjangkan kepada 2 asas kukuh yang menyokong enam teras strategik yang akan memacu STI ke arah mencapai visi dan misi DSTIN.

MUAT TURUN

RANGKA KERJA 10-10 MySTIE

Hasil R&D yang tidak memenuhi keperluan industri, tahap pengkomersialan dan pemindahan teknologi yang rendah adalah antara isu yang telah lama menjadi perbahasan pelbagai pihak khususnya pemain-pemain industri..

Justeru, Rangka Kerja 10-10 (MYSTIE) telah dirangka khusus oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi menyokong pelaksanaan DSTIN 2021-2030, seterusnya menangani isu-isu berkenaan. Rangka Kerja 10-10 MYSTIE ini menghubungkan 10 pemacu sains & teknologi (science & technology drivers) kepada 10 pemacu sosioekonomi Malaysia (Malaysia socioeconomic drivers).

MUAT TURUN

Berita / Siaran Media

Berita

Perincian Pencapaian 100 Hari YB Menteri MOSTI & Program Kerja MOSTI

Berita

Aspirasi Keluarga Malaysia: MOSTI Capai 100 Peratus Bagi Kesemua 33 Inisiatif

PUTRAJAYA, 12 DISEMBER 2021- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjaya mencapai sasaran 100 peratus…
Berita

Program 100Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Sekitar hari pertama MOSTI di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang sedang berlangsung bermula…

KPI 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

TEKNOLOGI BAHARU MUNCUL

PEMBUDAYAAN SAINS

Minggu Sains Negara 2021MINGGU SAINS NEGARA

  1. Minggu Sains Negara (MSN) yang dimulai pada tahun 2018 merupakan platform untuk menyemarak dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) di pelbagai peringkat dan penglibatan semua pihak.
  2. MSN 2021, melibatkan 46 rakan strategik dan 157 aktiviti termasuk signature event. Dapatan kajian daripada 12,908 orang responden, 84% responden memaklumkan mereka lebih menghayati kepentingan STIE dalam kehidupan seharian.
  3. Maklumat lanjut boleh dilayari melalui https://www.mosti.gov.my/minggu-sains-negara

VIRTUAL PSN SCIFEST

  1. Festival SciFest merupakan kemuncak kepada inisiatif pembudayaan sains, teknologi dan inovasi oleh Pusat Sains Negara yang diadakan secara tahunan sejak tahun 2011.
  2. Sejak penganjuran pertama, PSN SciFest telah menarik lebih 3,000,000 penyertaan dan kunjungan masyarakat.

BIG BANG ASTRONOMY

Program ini bermula pada 20 Ogos sehingga 30 November 2021 bagi menyemarakkan pembudayaan dan pengaplikasian sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) dengan pelbagai aktiviti bersifat edutainment melalui Planetarium Negara. Program ini telah menarik lebih daripada 1.5 juta penglibatan. Maklumat lanjut boleh dilayari melalui pautan berikut https://www.mosti.gov.my/berita/program-big-bang-astronomy/

RUANG REKA STIE

Merupakan sebuah hab reka cipta, teknologi dan inovasi di mana masyarakat berkumpul untuk membangun, mencipta, berinovasi serta belajar secara hands-on dan praktikal. Dilengkapi dengan peralatan dan aplikasi teknologi sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) seperti 3D printer, robotik, virtual realiti (VR) studio digital dan inovasi-inovasi yang bersesuaian dengan komuniti setempat. Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah membangunkan tiga (3) Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia pada tahun 2021 di:

  • Taman Rasa Sayang Paroi, Negeri Sembilan
  • Projek Perumahan Rakyat Padang Hiliran, Kuala Terengganu
  • Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat, Kota Tinggi Johor

Maklumat lanjut boleh dilayari melalui pautan berikut https://www.mosti.gov.my/berita/lawatan-kerja-yb-timbalan-menteri-mosti-ke-ruang-reka-stie-komuniti-keluarga-malaysia/https://www.mosti.gov.my/berita/program-big-bang-astronomy/

PEMBIAYAAN DANA

Bahagian Dana MOSTI bertanggungjawab dalam menguruskan dana R&D&C&I berteraskan permintaan (demand driven) yang menjurus kepada pengkomersialan dengan bidang keutamaan yang telah ditetapkan oleh MOSTI. Pada tahun ini, Bahagian ini telah menawarkan skim dana R&D baharu  dibawah Malaysia Grand Challenge (MGC) bagi menyokong pembangunan STIE, MOSTI dalam memperkukuhkan ekosistem R&D&C&I agar lebih kompetitif.

FUNGSI BAHAGIAN DANA

  1. Menguruskan dana R&D&C&I secara optimum dengan memberikan penekanan  kepada impak terhadap peningkatan sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat;
  2. Menggalakkan aktiviti R&D&C&I berteraskan permintaan (demand driven) yang boleh dikomersialkan; dan
  3. Memberi khidmat nasihat dan sokongan bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti R&D&C&I untuk kemajuan sosio-ekonomi negara.

MALAYSIA GRAND CHALLENGE (MGC)

  1. MGC diperkenalkan bagi mendepani cabaran-cabaran terkini negara.
  2. MGC menuntuk solusi yang berimpak tinggi yang bakal memanfaatkan setiap lapisan masyarakat selain menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial yang mampan.
  3. MOSTI menawarkan pembiayaan dana R&D di bawah Program PEMACU yang turut diperluaskan kepada pemohon daripada syarikat startup dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

MEDIA