Pengenalan MGC

Malaysia Grand Challenge (MGC) yang disokong oleh dana pembiayaan MOSTI, bagi mengajak masyarakat bersama-sama cuba mengatasi permasalahan serta menambah baik kehidupan masyarakat, sistem ekonomi dan persekitaran sama ada di peringkat nasional mahupun global telah dilancarkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 8 Januari 2021. MGC mencari penyelidikan berkualiti dan berimpak tinggi mengikut bidang keutamaan yang telah dikenalpasti melalui kerangka 10-10 MySTIE dan juga 30 Niche Areas yang telah dibangunkan. 10 bidang keutamaan tersebut adalah tenaga, pendidikan, air dan makanan, pertanian dan perhutanan, alam sekitar dan biodiversiti, bandar pintar dan pengangkutan, perubatan dan penjagaan kesihatan, kebudayaan, kesenian dan pelancongan, perkhidmatan perniagaan dan kewangan serta teknologi dan sistem pintar (kejuruteraan dan pembuatan generasi baharu). Bidang keutamaan ini akan dipadankan dengan 10 pemacu sains dan teknologi (Science & Technolgy Drivers) seperti 5G/6G, blockchain, advance intelligence system dan lain-lain. Penekanan akan diberikan kepada projek berbentuk pembangunan eksperimental yang bersifat praktikal dan spesifik serta memberi ruang kepada inovasi menuju ke tahap yang lebih cepat ke arah pengkomersialan. 

Layari eDana >>

10 Bidang Keutamaan

Soalan Lazim