Skip to main content
Berita

Mesyuarat Kajian Separuh Penggal (DSTIN) 2021–2030

18 Januari 2026, Seremban – Mesyuarat Kajian Separuh Penggal Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030 telah berlangsung pada 16 hingga 18 Januari 2026 dengan melibatkan pengurusan tertinggi MOSTI.

YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi turut hadir bersama YBhg. Dato’ Ruziah binti Hj. Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan), YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) serta Setiausaha Bahagian, Ketua Jabatan dan Ketua Agensi di bawah MOSTI yang berkait langsung dengan dasar ini.
Mesyuarat memberi fokus kepada penilaian jurang pelaksanaan semasa, perincian strategi ke hadapan agar DSTIN lebih berorientasikan misi, serta usaha memperkukuh peranan MOSTI sebagai enabler dan pemacu utama ekosistem STI negara.
MOSTI komited memastikan dasar STI terus relevan, berimpak dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.
Skip to content