Skip to main content
Berita

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 1/2026

28 Januari 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, telah menghadiri Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua-ketua Kementerian dan Jabatan Kerajaan dengan memberi tumpuan kepada perancangan serta pelaksanaan agenda reformasi bagi tahun 2026. Selaras dengan aspirasi Amanat KSN 2026 iaitu “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”, perbincangan ini menekankan keperluan memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan ketelusan serta memastikan setiap inisiatif reformasi memberi impak nyata kepada rakyat. Mesyuarat turut memberi perhatian kepada isu-isu utama kesejahteraan rakyat dan usaha merangka pendekatan yang lebih pantas, responsif dan berkesan dalam mendepani cabaran semasa.
MOSTI kekal komited untuk menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam melalui pelaksanaan inisiatif yang lebih inovatif, berasaskan data dan berorientasikan impak bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan MOSTI adalah cekap, telus dan memberi manfaat langsung kepada rakyat serta pembangunan negara.
Skip to content