Skip to main content
Berita

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ihya’ Ramadan

19 Februari 2026, Putrajaya – Warga MOSTI turut hadir dalam Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri dan program Ihya’ Ramadan secara atas talian di Bilik Gerakan, C5 MOSTI.
Dalam amanatnya, Perdana Menteri menekankan bahawa penerapan aspek kerohanian dan kejujuran adalah tunjang utama penjawat awam, lebih-lebih lagi dalam mengambil hikmah Ramadan yang mendidik jiwa supaya lebih bersederhana. Beliau mahu kualiti penyampaian kerajaan diperkasakan lagi dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan bagi menjamin kemajuan negara yang lebih seimbang dan berpanjangan.
Seiring dengan amanat yang disampaikan, MOSTI menzahirkan komitmen berterusan untuk memastikan sains, teknologi dan inovasi (STI) berperanan sebagai ejen penyatuan yang merentasi batas kaum, agama dan wilayah demi kesejahteraan negara.
Turut hadir YBrs. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) dan Pn. Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) serta warga MOSTI.
Skip to content