Skip to main content
Berita

Pertemuan Bersama TYT Tuan Zhou Zuyi, Setiausaha CPC Fujian Provincial Commitee Di Fuzhou, China

16 November 2025, Fuzhou – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyertai Pertemuan Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia, bersama TYT Tuan Zhou Zuyi, Setiausaha CPC Fujian Provincial Committee di C & D Hotel Fuzhou, China.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia; dan YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Pengerusi Malaysia-China Business Council.
Dalam pertemuan tersebut, Malaysia dan Fujian Province komited untuk memperkukuhkan kerjasama ekonomi dan sosial, antaranya akan berusaha mewujudkan penerbangan terus di antara Fuzhou, China dengan Sibu, Malaysia; serta memperbanyakkan penerbangan terus di antara Fuzhou, China dengan Kuala Lumpur, Malaysia. Kedua-dua negara turut berbesar hati melihat trend peningkatan dalam pelbagai bidang termasuk Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
Susulan pertemuan tersebut, Delegasi Malaysia turut menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Fujian Province.
Skip to content