Skip to main content
Berita

Program Sekolah Angkat MADANI

29 Januari 2026, Kuala Lumpur – Program Sekolah Angkat MADANI bukan sekadar lawatan tetapi usaha membuka peluang dan minda. Setiap pelajar tanpa mengira latar belakang, perlu merasai bahawa sains, teknologi dan masa depan negara ini juga milik mereka. Ini adalah antara inti pati ucapan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa majlis penutupan Program Sekolah Angkat MADANI di MRANTI Park, Kuala Lumpur.

Melalui pengalaman hands-on di MRANTI Park, pelajar dari SMK Jernang Komprehensif 11 (K11) dan SMK Puchong telah meneroka STEM melalui MakersLab, robotik, dron dan teknologi 5G — menjadikan sains dan teknologi dekat, menyeronokkan dan relevan. Aktiviti ini bukan sahaja mengajar teknologi, malah membina kemahiran masa depan. MOSTI percaya pembangunan bakat STI mesti bermula dari sekolah, bukan hanya di universiti.
Teknologi seperti AI perlu dimanfaatkan dengan nilai, etika dan tanggungjawab agar kemajuan yang dicipta memberi manfaat kepada semua. Inilah semangat Malaysia MADANI — maju bersama dan membuka jalan untuk generasi seterusnya. MOSTI dan MRANTI komited membina bakat STI sejak di bangku sekolah agar pelajar bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pencipta yang beretika dan bersedia memacu masa depan negara.
Turut hadir, YBhg. Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman, Pengerusi MRANTI, YBrs. Encik Ashran Dato’ Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, YBrs. Encik Jamri bin Jelani, Guru Besar SMK Jernang Komprehensif 11 dan YBrs. Encik Fadrussham bin Ajmain, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tersebut. Turut hadir Tok Batin, wakil komuniti kampung serta guru dan murid-murid SMK Jernang Komprehensif 11.
Skip to content