Skip to main content
Berita

Sesi Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ke Atas KSU MOSTI

4 Februari 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kunjungan hormat ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara PETRA dan MOSTI, khususnya dalam agenda pembangunan tenaga nuklear negara sebagai sebahagian daripada usaha peralihan tenaga ke arah sumber tenaga yang bersih, stabil dan berdaya tahan.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama merentas kementerian, penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang menyokong aspirasi Malaysia MADANI dan agenda pembangunan mampan negara.
Skip to content