Skip to main content
Berita

Sesi Kunjungan Hormat MOSTI ke Atas YB Dr. Haim Hilman Abdullah, Exco Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi Kedah

26 Januari 2026, Kedah – YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YB Dr. Haim Hilman Abdullah di Wisma Darul Aman bagi membincangkan kerjasama strategik dalam memperkukuh pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Negeri Kedah.
Antara fokus utama perbincangan termasuklah :
🔹 Pelaksanaan program pembudayaan STI melalui Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)
🔹 Peranan bersama dalam program STI100³, STEM Camp, STI MADANI & Malaysia Techlympics
🔹 Penglibatan sekolah dan IPT negeri dalam inisiatif pembudayaan
🔹 Perbincangan lanjut mengenai dapatan Malaysian Innovation Index (MII)
🔹 Cadangan pembangunan Ruang Daya Cipta (RDC) di Jitra bersama YIM
YBrs. Encik Shahrizal bin Shahrudin, Pengarah MASTIC MOSTI turut membentangkan pencapaian terkini Malaysian Innovation Index (MII) bagi Negeri Kedah, termasuk sorotan prestasi utama yang menggambarkan kedudukan dan kekuatan negeri dalam ekosistem inovasi negara.
Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik usaha MOSTI dan bersedia memperluas sinergi strategik bersama agensi seperti PSN, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Tenaga Atom Utara dan MASTIC.
Turut hadir, Encik Muhamad Hasirun bin Khalid, Pengarah Jabatan Kimia Kedah, Puan Noorazliza binti Abdul Jalil, Jabatan Tenaga Atom Utara, Encik Hafizul Hanif bin Abu Bakar, Ketua Cawangan Pusat Sains Negara Cawangan Utara, Encik Mohd Shazwan Hafiz bin Mohd Shukri, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah serta urusetia MEXCO MOSTI.
Skip to content