Skip to main content
Berita

Sesi Kunjungan Hormat YB Timbalan Menteri Pertahanan kepada YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha MOSTI

9 Januari 2026, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diwakili oleh YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) telah menerima Kunjungan Hormat daripada YB Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari.

Kunjungan yang bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama strategik antara MOSTI dan MINDEF merangkumi pengurusan pembiayaan dana serta ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk kemudahan pembiayaan yang ditawarkan di bawah MOSTI serta agensi di bawahnya.
Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Tuan Nor Azlan bin Mohd Ramli, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua Kementerian.
Skip to content