Skip to main content
Berita

Sesi Pembentangan Kajian Penambahbaikan oleh Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi Submodul Strategic Partnership Programme (SPP) Tahun 2025/2026

18 Mac 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mempengerusikan sesi pembentangan kajian penambahbaikan oleh kadet PTD pada hari ini. Sesi ini merupakan antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh kadet PTD sebelum menamatkan penempatan Strategic Partnership Programme (SPP) selama 5 minggu di MOSTI, yang dijadualkan berakhir pada 19 Mac 2026.
Turut hadir, Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, penyelia-penyelia lapangan kadet PTD serta wakil daripada Unit Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (UDPA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para kadet PTD atas pembentangan yang telah disampaikanserta kejayaan menamatkan modul penempatan SPP di MOSTI. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga turut dirakamkan kepada semua penyelia lapangan atas komitmen dan kerjasama dalam membimbing serta memantau kadet PTD sepanjang tempoh pelaksanaan program ini.
Skip to content