Skip to main content
Berita

Sesi Perjumpaan KSU MOSTI Bersama Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

5 Mac 2026, Putrajaya – Sesi perjumpaan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama lima (5) orang kadet PTD yang ditempatkan di MOSTI bagi mengikuti 𝑆𝑢𝑏𝑚𝑜𝑑𝑢𝑙 𝑆𝑡𝑟𝑎𝑡𝑒𝑔𝑖𝑐 𝑃𝑎𝑟𝑡𝑛𝑒𝑟𝑠ℎ𝑖𝑝 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚𝑚𝑒 (𝑆𝑃𝑃) telah diadakan pada hari ini. Para kadet yang ditempatkan di MOSTI telah menjalani Submodul SPP bermula dari 16 Februari 2026 hingga 20 Mac 2026.
Dalam sesi perjumpaan tersebut, YBhg. Datuk Seri KSU telah menyampaikan amanat kepada semua kadet agar menggunakan peluang selama lima (5) minggu di MOSTI ini dengan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman dari segi penggubalan dan pelaksanaan dasar Kerajaan khususnya dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau turut berkongsi mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.
YBhg. Datuk Seri KSU juga turut menasihati para kadet agar sentiasa berfikir secara holistik dan memahami ekosistem pekerjaan dalam melaksanakan setiap tugasan. Selain itu, beliau juga menekankan bahawa setiap individu perlu mempunyai keazaman yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu.
Di akhir sesi perjumpaan ini, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kadet dan semoga penempatan selama 5 minggu di MOSTI ini dapat memberikan pengalaman yang berharga kepada semua kadet.
Skip to content