Skip to main content
Berita

YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Menjawab ke Atas Perbahasan Titah Diraja 2026, Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 (2026), Dewan Negara

4 Mac 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjawab pertanyaan-pertanyaan perbahasan Titah Diraja 2026 di Dewan Negara pada petang ini.
Antara cadangan dan pertanyaan yang dibangkitkan adalah mengenai usaha MIMOS BERHAD dalam memartabatkan semikonduktor sebagai agenda nasional bernilai tinggi, pembangunan ekosistem penskalaan dan pengkomersialan syarikat pemula tempatan, meningkatkan kredibiliti biousahawan supaya berdaya saing dan meningkatkan standard dan kebolehpasaran syarikat berasaskan teknologi angkasa dalam negara.
Turut hadir, pegawai-pegawai Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah MOSTI bagi penyediaan teks penggulungan ini.
Skip to content