Skip to main content
Berita

YBM MOSTI Telah Menerima Kunjungan Hormat Daripada Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi, Republik Uzbekistan ke Malaysia

4 Februari 2025, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Mr. Kongratbay Sharipov, Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi, Republik Uzbekistan ke Malaysia yang disertai oleh pegawai kanan Kementerian.
Malaysia dan Republik Uzbekistan berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam memacu agenda STI kedua-dua buah negara terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama, pengukuhan ekosistem startup & keusahawanan serta pertukaran pengetahuan dan kepakaran.
Skip to content