Skip to main content
BeritaGeneral

Majlis Sidang Media Innovathon Musim Ketiga 2025

10 November 2025, Kuala Lumpur – Sidang Media Program INNOVATHON Musim Ketiga telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Ekonomi, bertempat di Saloma Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mewakili YB Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi; wakil Astro serta para mentor dan juri program.
Program anjuran bersama Kementerian Ekonomi dan MOSTI ini terus menjadi platform utama mencungkil idea inovasi tempatan berimpak tinggi ke arah memperkukuh ekosistem R&D&C&I negara. INNOVATHON menumpukan tiga teras utama iaitu membudayakan STEM, menggalakkan pelaburan inovasi swasta, dan meningkatkan pendaftaran harta intelek tempatan.
Tahun ini menyaksikan penyertaan tertinggi dengan 2,032 peserta, berbanding 1,003 pada tahun 2024. Nilai Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan turut ditingkatkan kepada RM1.65 juta sebagai komitmen kerajaan memperkasa inovasi nasional.
Musim ketiga memperkenalkan uji bakat bersasar di lima lokasi strategik serta uji bakat terbuka di enam zon utama seluruh negara dari 10 Jun hingga 5 Ogos 2025. Sebanyak lapan episod tayangan akan disiarkan di Astro Ria dan RTM TV1 mulai 6 Disember 2025 hingga 25 Januari 2026.

INNOVATHON kini diiktiraf sebagai wadah penting melahirkan inovator tempatan dan mengangkat inovasi sebagai budaya nasional.

Skip to content