Sistem iDengue Untuk Komuniti merupakan satu platform untuk menyebarkan maklumat denggi terkini di Malaysia kepada orang awam. Maklumat dalam sistem ini dikemaskini setiap hari dan boleh dilayari melalui https://idengue.mysa.gov.my/
Antara lapisan maklumat spatial yang dipaparkan dalam iDengue untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pengguna ialah:
- Hotspot denggi
- Kluster Harian
- Status PPA Mingguan (Kes)
- Status PPA Mingguan (Wabak)
- Stesen COMBI
- Maklumat Asas – (Lokaliti, Pusat Kesihatan, Sekolah)
- Jumlah Kes Bulanan
iDengue merupakan kerjasama strategik antara Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
#mosti
#mytechupdates
Sekian, terima kasih.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)