Skip to main content
Berita

Sesi Libat Urus YB Menteri MOSTI Bersama Badan-Badan Persatuan Berkaitan Sains Dan Teknologi Di Malaysia

16 Ogos 2022, Kuala Lumpur – Hari ini telah berlangsung sesi libat urus YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama badan-badan persatuan berkaitan sains dan teknologi di Malaysia.

Sesi ini melibatkan 79 persatuan sains tempatan yang mana 67 daripada mereka hadir secara fizikal dan baki 12 hadir secara online.

Pertemuan dimulakan dengan pembentangan oleh Akademi Sains Malaysia yang menerangkan berhubung Rangka Kerja MySTIE 10-10, diikuti oleh pembentangan berkenaan Pelan Hala Tuju di bawah MOSTI oleh Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi STI. Pembentangan seterusnya adalah berkenaan program-program pembudayaan STI oleh Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI.

Libat urus ini diteruskan dengan sesi bertukar pandangan dan buah fikiran bagi memantapkan ekosistem sains di Malaysia antaranya melibatkan isu pangkalan data berkenaan keperluan industri semasa, penglibatan masyarakat umum untuk celik STI, dan pemerkasaan persatuan-persatuan sains dan teknologi secara langsung melalui platform MOSTI. Semua input ini akan diteliti untuk tindakan selanjutnya.

Skip to content