9 Januari 2024, Selangor – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) pada hari ini.
Beliau disambut oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim serta barisan pengurusan tertinggi KIMIA Malaysia. Hadir sama YBrs. Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Satu sesi pembentangan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Marhayani binti Md. Saad, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KIMIA Malaysia bagi menerangkan peranan, bidang tugas serta perkhidmatan KIMIA Malaysia.
YB Timbalan Menteri seterusnya dibawa melawat ke makmal DNA Forensik dan Bangunan Garaj Makmal Bergerak serta Makmal Bergerak KIMIA Malaysia.
KIMIA Malaysia merupakan sebuah jabatan di bawah MOSTI yang menyediakan perkhidmatan analisis, penyiasatan dan perundingan saintifik dalam menyokong penguatkuasaan undang-undang serta program yang berkaitan dengan keselamatan air, makanan, alam sekitar dan produk industri bagi melindungi kesihatan dan keselamatan awam.