Skip to main content
Berita

Majlis ‘Townhall’ 2024 bersama Pengurusan Tertinggi MOSTI

10 Januari 2024, Putrajaya – Majlis ‘Townhall’ 2024 bersama Pengurusan Tertinggi MOSTI telah berlangsung hari ini di Dewan Damar Sari 3, Kompleks E, Putrajaya dan secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM. Sesi ‘townhall’ ini di adakan untuk memberi peluang kepada pengurusan tertinggi MOSTI menyampaikan hala tuju dan fokus Kementerian dalam setiap sektor bagi tahun 2024.

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bertindak sebagai moderator manakala YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MOSTI sebagai tetamu khas sesi ‘townhall’ ini.
YBhg. Dato’ Dr. Ts. KSU telah berkongsi mengenai mesej utama dan hala tuju MOSTI bagi tahun 2024 yang telah dimuktamadkan semasa Mesyuarat Perancangan Strategik MOSTI. Antaranya langkah ke hadapan yang telah ditetapkan iaitu membawa sains kepada rakyat, ‘Handshake Mechanism’ yang berkesan, Pelaksanaan program yang telah dirancang bagi tahun 2024 dan Pelan Komunikasi yang komprehensif .
Sementara itu YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman, YBrs. Puan Ruziah dan YBrs. Tuan Ooli Gunalan turut berkongsi mengenai sektor Pembangunan Teknologi, sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains serta Tatakelola Organisasi yang cemerlang.
Adalah diharapkan melalui perkongsian bersama pengurusan atasan ini akan menyuntik semangat seluruh warga MOSTI untuk terus berusaha ke arah menjayakan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030 menerusi pemerkasaan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara selari dengan pendekatan ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi’.
MOSTI, Luar Biasa!
Skip to content