16 Mei 2024, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2024 yang berlangsung pada 16 & 17 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
ITEX edisi ke-35 kali ini dianjurkan bersekali dengan World Young Inventors Exhibition (WYIE), Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) dan Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE).
ITEX 2024 merupakan salah satu platform terbaik untuk mengetengahkan hasil inovasi dan R&D tempatan kepada bakal pelabur, rakan kongsi serta penggiat industri tempatan dan antarabangsa.
Selaras dengan misi Malaysia sebagai negara maju pengeluar teknologi menjelang tahun 2030, MOSTI menyokong segala usaha pembangunan dan pengkomersialan teknologi tempatan melalui pelbagai inisiatif, termasuk program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) dalam Perolehan Kerajaan serta pelbagai skim pembiayaan Dana R,D&C di kementerian dan agensi.
Dalam ucapannya, YB Chang Lih Kang turut berkongsikan tentang inisiatif KL20, antaranya Tetingkap Tunggal yang menyediakan maklumat lengkap mengenai ekosistem syarikat pemula di Malaysia.
ITEX 2024 disertai hampir 700 syarikat dan organisasi daripada 15 negara Asia.
MySTI: Inovasi Tempatan. Impak Global!