Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

14 Jun 2024, Kedah – Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara bagi melawat projek-projek pembangunan RMKE12 yang dilaksanakan di PSNCWU.

Projek – projek pembangunan tersebut adalah Projek Menaiktaraf Ruang Atrium Sedia Ada dan Kerja- kerja berkaitan serta projek Pembangunan Fasiliti Tambahan Pengunjung PSNCWU.
Turut mengiringi lawatan kerja KSU MOSTI adalah YBrs. Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan; Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan; Encik Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan serta pegawai- pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Setar.
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai hasil yang disasarkan.
Skip to content