Skip to main content
Berita

Perhimpunan Bulanan MOSTI (Jun)

25 Jun 2024, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Jun) bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya. Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T serta Bahagian Akaun MOSTI dengan tema ‘Etika dan Teknologi’.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman dalam ucapannya menekankan mengenai kepentingan Etika dalam sains dan teknologi untuk memastikan perkembangan yang bertanggung jawab dan bermanfaat bagi masyarakat secara keseluruhan. Antara beberapa contoh kepentingan etika dalam bidang sains dan teknologi termasuklah:
a. Privasi dan Keselamatan Data – data pengguna dikumpul dan digunakan secara
beretika bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi untuk tujuan jenayah komersil;
b. Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi – batas yang dibenarkan bagi aktiviti berkaitan terutamanya yang memberi implikasi dari segi moral dan sosial;
c. Artificial Intelligence (AI) dan Automasi – mengambilkira potensi situasi ‘berat sebelah’ atau bias dalam algorithma yang berupaya menimbulkan ketidakadilan sosial
YBhg. TKSU turut mengimbas kembali pencapaian yang telah dilaksanakan dalam merakyatkan agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) sepanjang bulan Jun 2024, antaranya ialah:
✅ Industrial Technology Innovation Centre (ITIC)
✅ Galeri Padi Nuklear Malaysia
✅ Program Kerjaya dan Keusahawanan Bio-Agrotek / Bio-Farmaseutikal (BeST 2.0)
✅ Sesi perkongsian dari pemenang Hadial Nobel, iaitu Sir Paul Nurse bertajuk ‘What is Life’
✅ Mesyuarat Majlis Sains Negara
✅ Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024
Adalah diharapkan seluruh warga MOSTI untuk terus bersama-sama berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam meningkatkan kemajuan STI untuk negara Malaysia tercinta, di samping memperjuangkan prinsip-prinsip etika yang tinggi dalam penggunaan sains dan teknologi.
Terlebih dahulu telah diadakan Sesi Perkongsian Ilmu mengenai Janayah Komersil berkaitan teknologi Bersama Tuan SAC Zaldino bin Zaludin, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber & Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPP Bukit Aman.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah:
✅ Pembukaan Kaunter Khas Wang Tidak dituntut, Yayasan Wakaf Malaysia, Pusat Pungutan Zakat dan MyDigital ID.
✅ Makluman Kenaikan Pangkat
✅ Makluman Pegawai Keluar Masuk
✅ Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi (Jun)
Skip to content