29 Jun 2024, Johor – YBhg. Dato Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan mengejut ke projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Johor.
Lawatan secara mengejut ini diadakan bertujuan untuk meninjau tahap kemajuan dan keadaan terkini pembangunan projek ini serta memastikan kerja-kerja yang kini diperingkat akhir pembangunan, dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.