30 Julai 2024, Johor – YBhg. Dato Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan dan Sesi Dialog Bagi Program Kampung Angkat MADANI MOSTI 2024 di Kampung Tekam, Segamat, Pogoh, Johor.
Program KAM bertujuan memastikan kemudahan serta prasarana asas di kawasan desa dapat dilengkapkan. Terdapat tiga (3) projek di bawah program Kampung Angkat MADANI MOSTI iaitu Lampu Jalan Berasaskan Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy) oleh NanoMalaysia Berhad, Projek Telaga Tiub oleh Agensi Angkasa Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia serta projek Jeti Terapung Biokomposit oleh Agensi Nuklear Malaysia.
Sehubungan itu, lawatan dan sesi dialog ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek bagi memastikan pelaksanaan projek yang lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Turut mengiringi lawatan dan sesi dialog ini adalah YBrs Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, pegawai-pegawai dari MOSTI, wakil Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, serta pihak ICU Johor.