Skip to main content
Berita

Sambutan Hari Kebangsaan 2024

31 Ogos 2024, Putrajaya – Warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini turut menyertai Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 melalui Kontinjen Perkhidmatan Awam.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut bersama-sama menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Terima kasih juga buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang berada di Dataran Putrajaya atas sokongan dan semangat yang diberikan kepada kesemua peserta/kontinjen Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2024.
Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka

Kredit Foto 📸 kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2024 ini kepada Jabatan Penerangan Malaysia

 

Skip to content