5 September 2024, Selangor – Sekitar Program Hari Terbuka NIBM 2024 yang telah berlangsung pada 5 September 2024, bertempat di Agro-Biotechnology Institute (ABI), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM). Program ini adalah anjuran NIBM disokong oleh rakan strategik Pusat Sains Negara, Bioeconomy Corporation dan Nestle.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut meluangkan masa untuk berkunjung ke Program Hari Terbuka NIBM 2024.
Dalam kunjungan ini, beliau sempat singgah ke reruai pameran yang terdiri daripada pempamer dari syarikat berasakan bio serta tiga institut penyelidikan di bawah naungan NIBM iaitu Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGVI-NIBM), Institute of Pharmaceuticals and Neutraceuticals (IPharm-NIBM) dan Agro-Biotechnology Institute Malaysia (ABI-NIBM).
Beliau juga berkesempatan untuk meninjau ke ruang pertandingan inovasi berasaskan bioteknologi yang melibatkan pelajar sekolah menengah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.