Skip to main content
Berita

Program Larian Kemerdekaan

6 September 2024, Putrajaya – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, MOSTI melalui Bahagian Antarabangsa dan Kelab KEMSAINS telah menganjurkan Program Larian Kemerdekaan yang bertemakan ‘MOSTI Cergas Merdeka’ Peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bertempat di Padang Semarak, Taman Wetland Putrajaya.

Program ini telah disertai oleh lebih 250 orang pegawai dan kakitangan MOSTI serta jabatan dan agensi melibatkan ‘Fun Run’ sepanjang 3KM melalui ‘Pelican Trail Route’. YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan) MOSTI turut sama memberi sokongan dengan menyertai Fun Run ini.
Program sebegini diharapkan dapat mengekalkan gaya hidup sihat terutamanya dalam kalangan warga kerja MOSTI. Kekal Sihat, Kekal Cegas.
Skip to content