Skip to main content
Berita

YBM MOSTI Telah Menerima Kunjungan Hormat Pengerusi Eksekutif Enterprise Singapore

10 September 2024, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Lee Chuan Teck, Pengerusi Eksekutif Enterprise Singapore. Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D serta Bahagian Antarabangsa MOSTI, bersama pegawai-pegawai kanan dari Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan Cradle Fund Sdn. Bhd.
Perbincangan tertumpu kepada usaha mengukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang baharu dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi (STI), termasuk integrasi ekosistem startup serta peluang modal teroka. Perbincangan tersebut turut menekankan potensi startup Malaysia untuk mengakses ekosistem Singapura dan pelabur antarabangsa dari negara seperti Korea, Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Usaha yang sedang dijalankan termasuk menghubungkan direktori startup antara kedua-dua negara dan mempertingkatkan penglibatan rentas sempadan melalui Platform ASEAN Single Window serta pameran inovasi dan teknologi utama di kedua-dua negara seperti Sidang Kemuncak KL20 dan i-Nation di Malaysia dan SWITCH di Singapura. Kedua-dua pihak juga menyatakan minat untuk mengukuhkan rangkaian serantau melalui Program MATCH daripada MRANTI dan Perikatan Inovasi Global daripada Enterprise Singapore, dengan tumpuan kepada sektor STI berkaitan agri-teknologi, keterjaminan makanan, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi kesihatan.
Skip to content