Skip to main content
Berita

Penyerahan Projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor)

6 Oktober 2024, Johor – Pada 6 Oktober 2024 telah berlangsung penyerahan Projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor) oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) di perkarangan bangunan utama KIMIA Johor.

Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Zainal bin Tumian, Timbalan Pengarah JKR Negeri Johor kepada wakil KIMIA Johor iaitu YBrs. ChM Siti Zubaidah binti Hanapi, Timbalan Pengarah KIMIA Johor yang turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBhg. Dato’ Ir Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBrs. ChM Maryahani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).
Projek pembangunan ini merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke -11 (RMK-11). Tapak projek ini terletak di atas tanah seluas 3858 meter persegi iaitu sebahagian dari tanah bersebelahan bangunan KIMIA Johor sedia ada.
Skip to content