Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI Ke Republik Turkiye

9 Oktober 2024, Turkiye – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan lawatan kerja ke Republik Turkiye pada 8 – 12 Oktober 2024. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk memperkukuh dan meneroka kerjasama baru dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).

Semasa lawatan kerja ini, YB Menteri telah mengadakan kunjungan hormat terhadap rakan sejawat beliau di Republik Turkiye iaitu TYT Mehmeh Fatir Kacir, Menteri Industri dan Teknologi Republik Turkiye. Mesyuarat ini juga turut disertai oleh TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Malaysia ke Turkiye, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) dan wakil dari Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
Malaysia dan Republik Turkiye bersetuju untuk mengeratkan kerjasama serta meneliti potensi baru dalam bidang STI antara kedua-dua buah negara terutama sekali dalam sektor angkasa, semikonduktor, ekosistem syarikat pemula, ekonomi hidrogen, kecerdasan buatan dan lain-lain bidang STI yang akan memberi faedah yang optimum kepada kedua-dua buah negara.
Skip to content