Skip to main content
Berita

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Rangkaian Kolaboratif Pusat Sains Negara (MYSAINS) Bil 1/2024

16 Oktober 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Rangkaian Kolaboratif Pusat Sains Negara (MYSAINS) Bil 1/2024 di Putrajaya.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memantau pelaksanaan program dibawah MYSAINS selepas penubuhan MYSAINS pada Julai 2023. MYSAINS ditubuhkan untuk memudahkan jalinan komunikasi dan kerjasama di kalangan semua institusi pembelajaran sains bukan formal (non-formal science-learning) dalam menyokong usaha pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Malaysia.
Penubuhan ini digariskan sebagai salah satu inisiatif MOSTI menerusi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN) 2021-2030 di bawah Teras Strategik 5 : Pembudayaan dan Pengaplikasian dalam Mewujudkan Rangkaian Kerjasama Antara Pengusaha-Pengusaha Pusat Pembudayaan STI Swasta (seperti: Petrosains, Kidzania dan Tech Dome).
Dua (2) siri mesyuarat Jawatankuasa Kerja MYSAINS telah diadakan pada Februari 2024 di Pusat Sains Negara dan Mei 2024 di Petrosains. Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Kerja adalah penyelarasan usaha-usaha kerjasama pembudayaan STI antara ahli sera merangka strategik bagi menggalakkan pelaksanaan projek / program pembudayaan STI untuk ahli MYSAINS.
MOSTI mengharapkan dengan adanya jawatankuasa ini semua program pembudayaan STI anjuran bersama di masa akan datang semakin mantap, lebih tersusun, holistik dan diperluaskan lagi capaiannya. Ini secara tidak langsung akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada seluruh masyarakat.
Turut hadir, YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Mohd Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), YBrs. Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Encik Abdullah Daud Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, MOSTI, Encik Mohammad Fuad Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara dan Encik Ezarisma Azni Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains The Discovery Centre.
Skip to content