17 Oktober 2024, Sarawak – 2nd International Conference on Tropical Science (TropSc 2024) anjuran bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan sokongan Kerajaan Negeri Sarawak sedang berlangsung selama dua (2) hari pada 16 dan 17 Oktober 2024 di Kuching Sarawak merupakan medan perbincangan ilmiah terhadap isu kritikal di kawasan tropika seperti perubahan iklim, kemerosotan biodiversity, penebangan hutan dan kehilangan habitat.
Berucap semasa Majlis Makan Malam sempena TropSc 2024, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak berkata “Sarawak sentiasa mengalu-alukan saintis yang ingin membantu kerajaan negeri untuk mengambil pendekatan Baharu dalam menggubal dasar pemeliharaan alam sekitar yang dinikmati oleh rakyat selama ini. Kerajaan Negeri kini memberi penekanan dalam mencari jalan untuk memanfaatkan kekuatan dimiliki terutamanya dalam mengurangkan kesan perubahan iklim”.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya, menekankan “Kita melabur dalam penyelidikan dan inovasi, mengukuhkan dasar yang melindungi warisan alam semula jadi dan memupuk perkongsian dengan masyarakat tempatan, sektor swasta, dan organisasi antarabangsa untuk memastikan kemajuan yang dikecapi adalah inklusif dan berkekalan.”
Persidangan selama dua hari bersama ahli panel tempatan dan antarabangsa ini mengikut empat (4) landasan iaitu pertanian tropika, seni bina dan kejuruteraan tropika, perubatan tropika dan sumber semulajadi tropika.
Kira-kira 300 peserta daripada 20 buah negara menghadiri persidangan ini termasuklah dari United Kingdom, Singapura, Thailand, Australian, Colombia, Mexico, Brazil dan Timur Leste.