Skip to main content
Berita

Malaysia Techlympics Zon Sarawak

18 Oktober 2024, Sarawak – Malaysia Techlympics Zon Sarawak berlangsung hari ini di Stadium Tertutup, Sibu, Sarawak melibatkankan seramai lebih 718 orang peserta daripada 55 buah sekolah dari seluruh negeri Sarawak bersaing bagi merebut kejuaraan dalam kategori masing-masing seterusnya bakal mewakili Zon Sarawak ke peringkat akhir kebangsaan pada November nanti.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak. Hadir sama YBhg. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. Prof Datuk Dr Khairuddin Ab. Hamid, Naib Canselor, Universiti Teknologi Sarawak.
Penganjuran Malaysia Techlympics yang memasuki tahun ketiga penganjurannya merupakan satu inisiatif konsisten Kementerian untuk membudayakan Sains,
Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan murid, pelajar serta belia.
Malaysia Techlympics turut menekankan aspek keterangkuman dan inklusif dengan menitik beratkan akses kepada keperluan asas dan pendidikan berkualiti menerusi Program Jangkauan Keterangkuman (outreach) yang telah dirancang sepanjang tempoh pelaksanaannya. Program ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan
akses kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM khususnya kepada murid luar bandar, guru dan komuniti setempat.
Sehingga kini, sejumlah lebih 1,161 murid dari negeri Sarawak yang telah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Jangkauan Keterangkuman ini. Manakala, lebih daripada 127 guru juga telah terlibat dalam latihan atau Training of Trainers secara fizikal dan dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mytechlympics.com
Skip to content