Skip to main content
Berita

Simposium Antarabangsa ke-19 mengenai Biopolimer 2024 | The 19th International Symposium on Biopolymers 2024 (ISBP 2024)

22 Oktober 2024, Pulau Pinang – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Simposium Antarabangsa ke-19 mengenai Biopolimer 2024 | The 19th International Symposium on Biopolymers 2024 (ISBP 2024) yang membawa tema, “Towards Safe and Sustainable Biopolymers for Our Future”. Tema tahun ini, menonjolkan keperluan kritikal untuk penyelesaian inovatif dalam sektor biopolimer untuk memerangi pencemaran plastik global.
ISBP 2024 berlangsung Setia Spice Convention Center Pulau Pinang, dan dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Biologi,Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM Malaysia) dan Bioeconomy Corporation (BEC).
Simposium antarabangsa yang pertama kali diadakan di Asia Tenggara ini berlangsung selama empat (4) hari menghimpunkan saintis terkenal dunia, penyelidik dan pakar industri daripada 33 negara. Ceramah dan perbincangan akan tertumpu kepada perkembangan terkini dalam biobased dan plastik terbiodegradasi, pengeluaran dan penggunaan perindustrian, serta perkara-perkara berkaitan dasar dan polisi.
Ketika negara-negara Asia Tenggara bergelut dengan peningkatan pencemaran plastik, ISBP 2024 dilihat sebagai tepat pada masanya denganmenyediakan platform untuk penyelidik, pemimpin industri, dan penggubal dasar bagi membincangkan penyelesaian inovatif dan berkongsi amalan terbaik.
Bioteknologi memainkan peranan penting dalam menangani cabaran ini. NIBM dan BEC merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang memudahkan penyelidikan dan pengkomersilan kolaboratif dalam bioteknologi selaras dengan objektif yang digariskan di bawah Dasar Bioteknologi Negara 2.0.
Skip to content