Skip to main content
Berita

YBTM MOSTI Telah Menerima Kunjungan Hormat Delegasi EU-ASEAN Business Council (ABC)

27 November 2024, Putrajaya – YB Dato’ Hj. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi EU-ASEAN Business Council (ABC), yang diketuai oleh Puan Sharon Toh, Head of ASEAN Region, SWIFT; Bendahari EU-ABC. sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kerja delegasi EU-ABC Business Mission ke Malaysia, mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli-ahli delegasi daripada EU-ABC dan EuroCham Malaysia, serta pegawai- pegawai kanan daripada MOSTI.
Dalam usaha Malaysia mendepani Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025, kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi membincangkan potensi kerjasama menerusi perkongsian dasar dan strategi di antara institusi-institusi di bawah Kesatuan Eropah dan Malaysia (selaku Negara Anggota ASEAN) dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI). Perbincangan ini menumpukan kepada kerjasama STI dalam bidang Artificial Intelligence (AI), ekonomi dan teknologi sektor tenaga, industri penjagaan kesihatan serta peluang kerjasama pembiayaan.
Skip to content