Skip to main content
Berita

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MOSTI Bil. 3 Tahun 2024

29 November 2024, Selangor – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MOSTI Bil. 3 Tahun 2024 telah diadakan pada 28-29 November 2024 di Bagan Lalang, Selangor.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, dan menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serta mencari penyelesaian demi kebajikan dan kesejahteraan warga kerja MOSTI.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan usaha dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga jalinan kerjasama erat antara pihak pengurusan dan pihak pekerja MOSTI akan terus berkekalan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan demi negara.
Skip to content