30 November 2024, Sabah – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke Sub Stesen Monggis, Kinabalu Park Ranau, Sabah. Lawatan ini bagi meninjau aktiviti dan kajian Phytomining di stesen tersebut.
Phytomining adalah teknik memanfaatkan tumbuhan hiperakumulator untuk mengekstrak logam berharga dari tanah atau sisa perlombongan.
Di Sub Stesen Monggis Ranau, kajian phytomining memfokuskan kepada tanaman pokok Nickel hyperaccumulator seperti Phyllanthus Rufuschaneyi.
Tumbuhan ini mampu menyerap logam seperti nikel dalam jumlah yang tinggi daripada tanah yang kaya logam.
YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal turut diberi penghormatan menanam satu pokok Phyllanthus Rufuschaneyi sebagai tanda kenangan di stesen ini.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Naib Presiden Nano Malaysia Berhad, Andrew D’Souza serta Pengurusan & kakitangan Sub Stesen Monggis dan Kinabalu Park.