Skip to main content
Berita

Bilik Rest and Refresh (R&R) MOSTI

29 November 2024, Putrajaya – Bilik Rest and Refresh (R&R) MOSTI telah dirasmikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 29 November 2024. Bilik R&R ini direka khas bagi menyediakan ruang yang selamat dan kondusif untuk merehatkan minda dan memberi impak kepada keseronokan dalam melaksanakan tugas.

Bilik ini dilengkapi dengan teknologi pencahayaan yang sesuai, bunyi yang menenangkan, dan alatan terapi yang dapat meransang perubahan pemikiran, emosi dan tingkah laku.
Bilik R&R ini sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya, menenangkan fikiran selepas hari yang mencabar, membantu individu menguruskan emosi seperti keresahan, dan tekanan dengan bimbingan pegawai psikologi.
Inisiatif ini selaras dengan Pelan Strategik MOSTI 2025 – 2030 dalam mempertingkat kecekapan pengurusan kompetensi modal insan. Ia juga menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan nilai teras Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan.
Skip to content